Mengasaskan Silambam Asia Murugan Chillayah

Pada 22 November 1999, nama utama Silambam yang berasal dari Tamil Nadu di zaman awal India, telah didokumentasikan oleh Murugan Chillayah sebagai satu nama organisasi yang rasmi dengan tujuan untuk membawa seni tradisi dan sukan tradisional India dengan menyatukan unsur-unsur pendidikan, kesihatan, kecergasan, kebudayaan, pengetahuan alam semula jadi, mengenal pasti atau mengetahui perihal perubahan iklim, dan juga aktiviti rekreasi yang berkaitan melalui latihan Silambam, Kuttu Varisai, Yoga Tradisional, dan Varma Kalai. Nama utama, Silambam, telah didaftarkan secara sah dan diiktiraf sebagai organisasi rasmi selepas menerima kelulusan pelepasan keselamatan daripada Pihak Berkuasa Kawal Selia di Singapura.[5]

Sehubungan dengan itu, beliau juga telah mendaftar Silambam Asia (Tamil: சிலம்பம் ஆசியாcode: ta is deprecated ) (IAST: Silambam Āsiya) dengan Kementerian Dalam Negeri (JPPM) di Malaysia dengan anggota daripada dua belas negara di benua Asia dan diiktiraf secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations),[6] yang kini semakin berkembang di benua Asia dan di seluruh dunia.

Silambam Asia juga bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations SDGS) untuk Matlamat Pembangunan Mampan bagi memelihara dan melindungi intipati kesenian tradisional India, sukan, kebudayaan, dan kandungan pendidikan dalam Silambam di peringkat benua dan antarabangsa.[1]